panduan bisnes ebay -best seller 2008-

MY ADS

panduan menjana pendapatan hebat di eBay panduan menjana pendapatan lumayan di ebay

Wednesday, November 19, 2008

ANAK SAKIT PERUT : SILA AMBIL PERHATIAN

Biasanya ibubapa yg sibuk tidak begitu risau bila anaknya mengadu sakit perut. Lebih2 lagi jika cirit birit, biasa petua orang2 tua akan diberikan misalnya minum teh pahit (tanpa gula) atau sekadar pergi ke klinik biasa. Memang itulah yg biasanya dibuat bagi simptom ter'salah makan'.
Bagi saya yang sudah agak serik dengan kes 'tersalah makan" , pengalaman sakit perut berhari hari adalah suatu yang sangat ,mendukacitakan. Terasa tak mahu langsung menyentuh makanan di luar. Malah di rumah saya sangat hati2 memasak. Cuka buatan, chili boh, makanan dalam tin kini tak pernah lagi saya beli. Dulu pun jarang beli kecuali ikan sardin, kini ikan sardin pun saya tak beli kerana ada kes keracunan akibat makan ikan sadin, dan bahan makanan laut yg diawet.
Baru2 ini anak kawan saya dimasukkan ke wad atas simptom sakit perut dan muntah. Teh pahit sudah tak mendatangkan kesan. Kerana raungan sakit yang berpanjangan dia dibawa ke klinik biasa, dan diberi ubat biasa (tidak disuntik). sakit tak mahu hilang, muntah lagi. Akhirnya ke klinik pakar dan terus di bedah kerana apendiknya sudah bernanah dan pecah. Memang tak tahan melihat kanak2 lapan tahun mengadu sakit lepas di bedah. Saya yang tak pernah dibedah perut pun dapat bayangkan rasa sakitnya macam mana. Orang dewasa pun tak boleh tahan inikan pula kanak2.
Jadi, sebagai iktibar kepada ibubapa, jagalah permakanan dan beri perhatian jika anak2 anda sering mengadu sakit perut. Jika sakit perut itu lebih sekali sebulan, tentu ada yang tak kena. Malah jika nak anda alahan terhadap sesuatu makanan berhati2lah dan cuba dapatkan nasehat dari beberapa doktor. Yang lebih penting elakkan makan makanan segera terlalu banyak,malah tak sepatutnya dimulakan semasa kecil.
Beberapa kes di Hospital yang saya temui, remaja2 sudah ramai yg mengalami sakit 'orang tua' seperti barah payu dara, kegagalan buah pinggang berfungsi, barah tulang dan macam2 penyakit yang tiada kesan awal. Bila pengsan dan dibawa ke hospital, penyakit sudah sampai ke tahap kritikal. Antara punca yang dipercayai ialah kerana makanan2 berperisa, air bergas dan makanan2 segera seperti burger , nugget dsb.Cegahlah sebelum terjadi, jika sudah sampai ke hospital kos rawatan melebih dari kos pencegahan, malah masa untuk menanganinya lebih lama dan rumit.
sekian , untuk diambil iktibar,wassalam

0 comments:

panduan bisnes ebay -best seller 2008-