panduan bisnes ebay -best seller 2008-

MY ADS

panduan menjana pendapatan hebat di eBay panduan menjana pendapatan lumayan di ebay

Tuesday, October 28, 2008

Tips Kejayaan Bisnes Internet

Menjadi trend terkini, berlumba-lumba orang ingin menjana
pendapatan di internet bagi menampung kos hidup seharian.
Ada yang berangan-angan mahu mengikut jejak Jutawan
Internet, Dr Irfan Khairi dan yang lain-lain. Namun,
bagaimana mereka melakukannya?

1. Melabur untuk ilmu

Sebelum anda menjalankan bisnes yang berdaya saing, sudah
tentu anda seharusnya 'belajar' sedikit sebanyak dari org
lain tentang bisnes yang menguntungkan. Sebab itulah ramai
usahawan, bakal-bakal usahawan pergi ke seminar, bengkel,
beli buku, baca artikel, mendapatkan maklumat melalui
forum, blog dan sebagainya di internet yang membolehkan
mereka mendapatkan tips² dan info tentang perniagaan
internet. Apabila kita mahu menceburi sesuatu perniagaan,
pastikan anda mempunyai 'ilmu' supaya perniagaan dapat
berjalan dgn baik dan tidak tersekat di separuh jalan.

Tidak hairanlah orang sanggup invest duit beribu ringgit
untuk beli buku dan pergi seminar belajar dari sifoo² ebiz
yang handal. Mereka ini serius dan sudah pasti tips² dari
sifoo mereka itu memberi inspirasi yang jitu bagi mereka
berusaha mencapai impian yang diinginkan.

2. Cara berfikir yang positif

Apabila anda berfikiran positif dan yakin boleh dalam
melakukan sesuatu perniagaan maka ia telah memberi satu
perangsang dalam menjayakan apa yang kita laksanakan. Anda
seharusnya bijak menggunakan pemikiran dan mengawal emosi
dari bertindak terburu-buru. Usah cepat give up apabila
gagal mencapai apa yang diinginkan dalam perniagaan, ia
sebenarnya salah satu ujian untuk anda mencapai kejayaan,
gagal bukan bererti selamanya, gagal itu adalah batu
loncatan kepada kejayaan.

3. Product atau Service ?

Ini sesuatu yang penting dalam perniagaan internet. Anda
seharusnya membuat research untuk menjalankan ebiz anda dgn
lebih baik. Sama ada produk atau servis kedua-duanya
mempunyai keistimewaan yang tersendiri, apa yang penting
kembali kepada asas. Apa yang menyebabkan orang membeli
produk atau servis anda ? Di situ anda akan belajar sedikit
tentang demand dan supply, permintaan dan penawaran. Tanpa
ada demand sudah tentu tiada org yang membeli produk/servis
anda. Sebab itu anda tawarkan sesuatu yang orang mahu beli,
sesuatu yang bernilai dan berkualiti.

Contoh mudah ialah anda tidak perlu mempunyai produk atau
servis sendiri bagi menjalankan ebiz, cukup dgn jadi agen atau
affiliate sesuatu barangan atau servis dan dapat komisyen keuntungan
dari setiap jualan. Biasanya, barangan/servis dengan cara
affiliate anda takkan menanggung risiko rugi kerana anda
tidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya pengeluar
barangan/servis itulah yang menyediakan barangan dan
membayar komisyen kepada anda

Amalkan SWOT Analysis, buat kajian tentang diri, keupayaan
serta persekitaran anda. Contohnya Strenght
(kekuatan/keupayaan yang anda miliki) , Weaknesses
(kelemahan yang anda ada) , Opportunities (peluang² yang
anda boleh gunakan) dan Threat (kenalpasti ancaman dan
cabaran yang bakal dihadapi). Semua ini akan memberi 'clue'
dan gambaran ttg produk atau servis yang sesuai dan boleh
anda laksanakan.

4. Mencari 'target market'

Setelah anda mempunyai hot product atau services sudah
tentu ada permintaan atau demand daripada product/servies
tersebut.. Inilah dinamakan target market. Siapakah
golongan sasaran anda ? siapa pembeli anda? umur mereka,
jantina, status kerjaya, minat, hobi dan sebagainya yang
boleh anda ketahui. Ini penting apabila kita mengetahui dgn
baik latarbelakang target audience atau target market maka
kita akan mudah membuat rangka promosi dan marketing
product/services anda.

5. Sistem Pemasaran yang efektif

Setelah anda mempunyai hot product or services dan
mengenali target market anda sudah tentu tiba masanya yang
praktikal melaksanakan agenda 'marketing'. Ini kerana tanpa
proses marketing ia akan menjadikan bisnes itu tidak
berfungsi, sebab itu pentingnya marketing sebagai salah
satu langkah utama dalam survival bisnes...

Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ? Ini
adalah soalan yang biasa ditanya oleh banyak org dalam
menceburi Perniagaan Internet Ramai orang tahu bisnes tapi
tak ramai yang tahu akan aspek marketing. Kenapa ? Ini
adalah kerana marketing adalah bahagian yang paling
subjektif sekali. Marketing adalah satu seni utk
mempromosikan barangan atau perkhidmatan anda kepada orang
ramai.

Tidak kisahla anda guna saluran apa pun seperti
saluran media cetak, elektronik, poster, flyers, business
card, viral marketing, etc, setiap satu itu ada
keberangkalian dan potensi utk mendapatkan 'customer'.
Adakalanya promosi secara poster lagi berkesan daripada
viral marketing dan begitulah sebaliknya. Ia mempunyai
hasil yang berbeza. Jadi, berbalik kepada soalan kita
Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ?. Ia
sebenarnya berkait rapat mengenai 'return on investment
(ROI)' .

Pemasaran efektif ini melibatkan hasil yang banyak dengan apa
yang kita dah laburkan. Contohnya banyak orang laburkan
RM150 utk iklankan produk di Berita Harian bahagian teks di
bawah artikel selama seminggu. Dan mereka mendapat purata
10 org pelanggan dalam masa seminggu. Dan setiap pelanggan
memberi keuntungan sebanyak RM20 dan bermakna net profit
RM20 x 10 org = RM200 seminggu dan mereka juga buat iklan
di dalam web Cari.Com.My dengan kadar RM150 seminggu dan
purata pelanggan sebanyak 1 org sahaja iaitu keuntungan
RM20 x 1 org = RM20 seminggu.

Dalam kes di atas iklan di berita Harian lebih efektif
berbanding Cari.Com.My . Jadi di sinilah kajian ROI (return
on investment) dibuat dengan bijaksana iaitu melaburkan
lebih banyak di Berita Harian untuk menjana keuntungan yang
maksimum, walaupun kadar atau bayaran marketing rm150 sama
di Berita Harian dan Cari.Com.My tetapi yang paling
mendatangkan banyak hasil ialah Berita Harian.

6. Website sebagai business tools yang paling efektif

Kebanyakan usahawan internet mempunyai website masing².
Ada yang buat simple website hanya dengan oline order form,
ada yang buat portal shopping cart, malah ada juga yang
hanya buat blog. Tidak kisahla apa jua bentuk web tetapi ia
tetap boleh dilayari melalui Internet dan dari Internet
itulah mereka generate income.

Dan mengenai website, apa yang perlu anda ketahui tentang
website ? Senang sahaja. Anda kena mengetahui cara
membangunkan web ebiz yang paling berkesan dan efektif.
Bagaimana? Ikuti tips di bawah :

a. Web hosting dan domain name yang praktikal

Biasanya web hosting dgn 1GB mudah didapati sekarang ini
dengan pelbagai promosi, yang penting cari provider yang
boleh beri online support yg bagus. Sekurang-kurangnya,
kalau ada downtime mereka akan cepat2 settlekan. Dan
carilah web hosting yang menggunakan Cpanel, kerana Cpanel
mempunyai banyak kelebihan, contohnya install
shopping cart sendiri, blog sendiri, forum, guestbook dan
yang lain-lain.

Domain name pula tak perlulah panjang atau mengelirukan.
Cukup domain name yang senang diingati contohnya seperti
yahoo.com , panduanhtml.com , google.com etc. Domain name
yang simple dan senang ingat adalah satu kelebihan.

b. Design yang simple dan sistem dan fungsi yg menarik

Web ebiz tak perlu design² yang gempak dan heavy. Kenapa
? Ini kerana kita mementingkan konsep user friendly.
Sekiranya web ebiz siap dengan flash kemudian graphic yang
terlampau banyak sehingga memakan masa untuk loading, maka
alamatnya pengunjung akan 'keluar' dari website anda kerana
tak sanggup menunggu web loading yang lembab. Cukuplah
design yang simple dan focus pada bisnes anda.

c. Testimoni

Boleh muatkan testimoni dan pandangan pelanggan mengenai
produk/services anda. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi
pengunjung dan menjadikan website anda sebagai iklan yang
paling efisien. Pendekatan ini banyak digunakan oleh
Internet marketers bagi melariskan produk/servis mereka. So
boleh memanfaatkan testimoni utk dimuatkan di dalam website
anda.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

0 comments:

panduan bisnes ebay -best seller 2008-